KENAPA ANDA PERLU JADI AGEN TOP UP??



Fenomena Malaysia

Percaya atau tidak,96% daripada mahasiswa dan pelajar sekolah telah memiliki telefon bimbit? Mereka semua mahu topup atau menambah akaun mereka. Ini adalah satu keperluan harian,hatta orang yang bekerja dengan gaji di bawah RM1000 pun,masih memerlukan topup untuk menambahkan akaun mereka supaya mereka boleh menghubungi atau SMS kepada orang lain.


Perniagaan Menjual Topup Tidak Menguntungkan


Saya percaya,anda yang sedang membaca blog ini merasakan bahawa perniagaan menjual topup tidak begitu menguntungkan. Jawapan saya,YA. Penjualan topup tidak begitu menguntungkan. Saya sendiri telah menjual topup dan melihat orang menjual topup. Hanya orang yang menjual di kedai telefon atau runcit sahaja yang mendapat untung tinggi kerana mereka sudah ada pelanggan tetap.

Bagaimana dengan orang-orang macam kita ni? Kita adalah orang biasa. Kita perlu belajar. Kita perlu bekerja. Kerja kita bukan setakat menjual topup. Kita tak mahu untung sikit-sikit dan sen sen sahaja. Jual topup adalah penjualan yang kurang mendapat untung. Bukankah begitu? Ya. Saya sangat-sangat bersetuju.

Tetapi mengapa saya menulis tentang ini? Saya seolah-olah ingin mempromosi jualan topup,tetapi saya katakan bahawa penjualan topup tidak begitu menguntungkan. Habis tu,apa yang saya nak kata?

Percaya atau tidak,sebenarnya anda WAJIB menjadi ejen Topup Handphone untuk memudahkan kerja seharian anda,serta menjimatkan duit.

Menjadi Ejen Topup Telah Menjimatkan Masa Dan Duit Anda

Ha???Apa sebenarnya yang saya nak katakan ni??? Baik,saya akan terangkan,kenapa kita sebagai pengguna handphone sudah wajib menjadi ejen Topup Handphone.
1) Kredit handphone anda sudah habis,tetapi semua kedai tutup pada waktu itu. Bagaimana anda mahu topup handphone?

2) Anda mahu topup handphone tetapi perlu menunggu lama kerana memerlukan orang atau kenderaan untuk pergi ke kedai untuk topup handphone. Nak ke tunggu lama-lama?

3) Duit minyak,jalan jam,kedai jauh,kadang-kadang sistem topup di kedai handphone atau kedai runcit tergendala,bagaimana anda sanggup menghadapi semua ini?

4) Tengah-tengah malam ketika tengah bersembang,tiba-tiba kredit habis. Anda nak topup secepat mungkin,tapi tak dapat. Terpaksa guna SOS Topup. Kalau Hotlink,kena tolak 50 sen selepas topup. Nak ke menyusahkan diri untuk berhutang-berhutang ni? Dah tu,kena riba' pula oleh syarikat itu.

5) Sesetengah tempat,kalau kita topup handphone,dia akan menyuruh kita membayar lebih,contohnya sepatutnya topup itu RM5,tetapi kita dipaksa untuk membayar RM5.50,kononnya itu adalah caj perkhidmatan bagi kedai itu. EEEEE,....Kita rugi 50 sen disebabkan kedai-kedai yang tak berhati perut begitu kan?

Sebab itulah saya mengatakan bahawa kita WAJIB menjadi ejen topup kerana ia adalah KEPERLUAN kita untuk memudahkan segala urusan.


Apabila anda menjadi ejen topup,anda boleh topup untuk diri anda sendiri. Tak perlu nak pergi tunggu lama-lama baru boleh topup, tak perlu risau nak cari kedai yang buka tengah-tengah malam,tak perlu pening kepala terpaksa berhutang,tak perlu kena caj lebih dan ditipu oleh pekedai. Hanya dihandphone anda sendiri,anda boleh mendapat topup dengan sekelip mata! Hanya taip:

M5 012-3456789


dan send kepada nombor server yang akan saya berikan sekiranya anda mendaftar. 
Tidak sampai 10 saat,kredit anda telah bertambah RM10! Mudah tidak? Malah,bukan RM10 yang tertolak,tetapi hanya RM9.475 sahaja. Anda untung 0.525 sen! Daripada anda rugi 50 sen sebab tertipu oleh pekedai, daripada anda rugi sedikit duit minyak untuk pergi ke kedai topup,atau anda penat sebab kena turun naik untuk topup di kiosk asrama kolej anda,anda dapat topup dengan harga yang sangat murah!

No comments:

Post a Comment